Tiga cedera termasuk seorang pemandu van sekolah dalam satu kemalangan di Lebuhraya NPE, Kuala Lumpur pada Isnin.<br /><br />Kejadian berlaku pada 1.45 tengah hari apabila van yang dipandu lelaki berusia 62 tahun itu dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke penghadang jalan.
